MBI payment for UNISEL privatisation termination disputed
20:07 Jul 17, 2017  |  By
MBI payment for UNISEL privatisation termination disputed

 

(Up-dated Julai 19hb 2017)

Despite being terminated and stopped payment by Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn Bhd (Jana Niaga) attempted to make claim for payments through the court. UNISEL managed to get a stay on the proceeding pending arbitration from the High Court on December 7, 2013 and upheld by the Court of Appeal on July2, 2013.

According to the legal firm of Raj, Ong and Yudistra in their legal opinion dated 30 November 2016 to UNISEL, there was no attempt to seek arbitration by Jana Niaga. The amount owed by Jana Niaga to UNISEL is RM60,431,515-16 including an advance of RM10 million from MBI on 24 February 2015. Jana Niaga disputed the figure and claimed UNISEL owe them as per their statement of account dated February 28, 2015 the amount of RM63,730,356-20.

The action of Jana Niaga is expected of businesses to protect their interest but the actions taken by MBI in the solution raised concern to the Selangor civil servants whose aware of the dispute. To address the faulty work of Jana Niaga, UNISEL had to "borrow" money from MBI thru issuance of shares to MBI. Jana Niaga is supposed to pay RM53,431,-5-16 for the rehabilitation work paid by MBI.  

According to Raj, Ong and Yudistra, the reasons by Jana Niaga to dispute the termination is weak. UNISEL has a good and arguable defense in their favour. Thus it supports UNISEL position to disagree with MBI's proposed resolution in the material time. MBI made the RM10 million advance WITHOUT the consent of UNISEL. 

Refer to the documents in the earlier posting HERE

In the following payment voucher dated 24 June 2016, MBI paid Jana Niaga the sum of RM6 million out of the RM23 million settlement payment to Jana Niaga. Why and what is the basis to pay Jana Niaga instead of Jana Niaga paying UNISEL?

-------------------

(Kemaskini Julai 19hb, 2017)

Biarpun bayarannya telah ditahan dan dihentikan oleh Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn. Bhd. (Jana Niaga) berusaha membuat tuntutan bayaran menerusi mahkamah. UNISEL berjaya memperolehi penangguhan daripada Mahkamah Tinggi pada 7 Disember 2013, yang kemudian diputuskan menyebelahi UNISEL oleh Mahkamah Rayuan pada 2 Julai 2013.

Menurut firma guaman, Raj, Ong dan Yudistra menerusi surat bertarikh 30 November 2016 kepada UNISEL, Jana Niaga tidak berusaha mendapatkan arbitrasi. Jumlah yang dihutang oleh Jana Niaga kepada UNISEL adalah RM60,431,515.16 termasuklah pendahuluan RM10 juta daripada MBI pada 24 Februari 2015. Jana Niaga sebaliknya menafikan angka tersebut dan mendakwa UNISEL yang masih berhutang dengan mereka berdasarkan penyata akaun bertarikh 28 Februari 2015 yang berjumlah RM63,730,356.20.

Tindakan Jana Niaga itu boleh difahami iaitu melindungi kepentingan perniagaan mereka tetapi tindakan yang diambil oleh MBI dalam menyelesaikan masalah berkenaan, menjadi tanda tanya terutama di kalangan penjawat-penjawat awam Selangor.

Untuk membuktikan kegagalan Jana Niaga, UNISEL terpaksa 'meminjam' wang dari MBI menerusi tawaran saham kepada MBI. Jana Niaga sepatutnya membayar RM59,431,515.16 bagi kerja-kerja pemulihan yang telah dibayar oleh MBI.

Menurut Raj, Ong dan Yudistra, alasan-alasan yang digunakan oleh Jana Niaga untuk mempertikaikan pembatalan tersebut adalah lemah. UNISEL mempunyai hujah-hujah pembelaan yang baik dan kukuh. Sekaligus itu menyokong kedudukan UNISEL untuk tidak bersetuju dengan resolusi yang dicadangkan oleh MBI pada waktu itu. MBI kemudiannya membuat bayaran pendahuluan RM10 juta TANPA pengetahuan UNISEL.

Dalam baucer bayaran bertarikh 24 Jun 2016, MBI telah membayar Jana Niaga sejumlah RM6 juta daripada RM23 juta wang penyelesaian kepada Jana Niaga. Mengapa dan apakah asas yang digunakan oleh MBI untuk membayar Jana Niaga, sedangkan sepatutnya Jana Niaga yang membayar UNISEL?

 

 

 

 

 



 UP-DATED:

The following documents are the said RM10 million advance from MBI to Jana Niaga

-----------------

Berikut adalah dokumen berhubung pendahuluan RM10 juta yang disebut dari MBI kepada Jana Niaga: