Agriculture settlers cheated out of their land
10:08 Aug 25, 2017  |  By
Agriculture settlers cheated out of their land

Alam Perdana Township and Green Revolusion Project began in 1973. The then Selangor state government alloted land of 6,786 acres from the Bukit Cherakah Additional Forest Reserve. In the beginning, Green Revolution Plan was divided into three stages involving RRH1 which involved a land area of 2,820 acres, whilst RRH2 and RRH 3 involved an area of 3,965 acres. It was converted from agriculture land to property development plots.

The development project of the Selangor Green Revolution Project are abondoned status. Particpants of 383 people gave their lands to third parties for purpose of property development. They were not paid their compensation. Besides them, 3,436 house buyers paid for their deposit but could not move in in 2002.

Alam Perdana Township involved 2,820 acres land. Works for land clearance and planting of palm oil was assigned responsibility of Selangor Agriculture Development Corporation (PKPS). Subsequently, on 20 September 1979, State Government Council meeting (MMKN) approved RRH 1 to 651 participants comprise of 375 Malay, 134 Indians and 142 Chinese. The land is then assigned to PKPS for development and settlement license and temorary occupancy land (TOL) issued at RM10 per lot. Each participant is required to sign a letter to agree to assign the land approved by KPPS for oil palm planting. RRH 1 is managed as a plantation system bby PKPS through a subsidiary, Syarikat Pengurusan Ladang Sdn. Bhd. To ease the transfer proses to the participants, PKPS then establish a nominee company known as Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCNSB).

LBCNSB applied for the individual ownership and rerceived approval on 5 Mac 1997. Upon given individual ownership, among them are given the opportunity to sell the land at a cheap price in 1999 and LBCNSB to submit proposal to undertake property developmet on the land. The company entered into a discussion with the 648 particpants and some 383 participants agreed to participate in the development project. They assigned their land to a subsidiary, LBCN Development Sdn Bhd on 20 August 1998 to develop the land. Particpants were promised RM360,000 each in the form RM180,000 cash, and a house valued at RM180,000. .

LBCN Development then entered into a joint venture with development company, Vega Builders Sdn. Bhd to develop the land as the integrated development now known as Taman Alam Perdana. It ran into problems and could not proceed. In 2008, Selangor State Government changed hand. However, the problem with the Selangor Green Revolution and Bandar Alam Perdana worsen. Companies after companies were changing hands without any solution to the participants and house buyers. The value of the land is estimated at RM375 million is now owned by developers, no more owned by government. 

------------------------------

Bandar Alam Perdana dan Projek Rancangan Revolusi Hijau bermula pada tahun 1973. Kerajaan Negeri Selangor pada waktu itu telah membenarkan tanah seluas 6,786 ekar dikeluarkan dari Hutan Simpan Tambahan Bukit Cherakah. Awalnya Rancangan Revolusi Hijau Selangor dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu RRH1 yang melibatkan tanah seluas 2,820 ekar manakala RRH2 dan RRH 3 melibatkan tanah seluas 3,965 ekar. Namun akhirnya, tanah Rancangan Revolusi Hijau Selangor itu bertukar dari tanah pertanian kepada tapak pembangunan hartanah.

Projek pembangunan yang dibuat di atas tanah Rancangan Revolusi Hijau Selangor itu kebanyakannya mempunyai status terbengkalai. Peserta seramai 383 orang serahkan kepada pihak ketiga bagi tujuan pembangunan hartanah. Mereka juga tidak dibayar pampasan sepenuhnya. Selain mereka, projek Bandar Alam Perdana turut mengecewakan 3,436 orang pembeli rumah kerana mereka sepatutnya sudah boleh berpindah ke kawasan perumahan tersebut semenjak tahun 2002.

Projek Bandar Alam Perdana dilahirkan dengan bersandar kepada rancangan RRH 1 yang melibatkan 2,820 ekar tanah. Kerja-kerja pembersihan tapak dan penanaman kelapa sawit telah dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Kemudian pada 20 September 1979, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan RRH 1 kepada 651 orang peserta yang terdiri daripada 375 orang Melayu, 134 orang India dan 142 orang Cina. Tanah rancangan itu kemudiannya diserahkan kepada PKPS untuk dimajukan dan lesen pendudukan sementara (TOL) dikeluarkan dengan bayaran RM10 satu lot. Para peserta diminta menandatangani surat akuan persetujuan menyerahkan tanah yang diluluskan kepada PKPS untuk tanaman kelapa sawit. RRH 1 diurus secara sistem ladang oleh PKPS melalui anak syarikatnya, Syarikat Pengurusan Ladang Sdn. Bhd. Bagaimanapun, bagi memudahkan proses pemindahan kepada peserta, PKPS kemudian menubuhkan sebuah syarikat nominee yang dikenali sebagai Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. (LBCNSB).

LBCNSB membuat permohonan untuk kelulusan pemberi milikan individu and diluluskan pada 5 Mac 1997. Selepas peserta diberi pemilikan individu, ada antara mereka yang mengambil peluang ini untuk menjual tanah pada harga yang murah pada sekitar tahun 1999 dan LBCNSB membuat cadangan untuk membangunkan projek hartanah di kawasan tersebut. Syarikat tersebut kemudiannya mengadakan perbincangan dengan 648 orang peserta dan seramai 383 orang peserta bersetuju menyertai projek pembangunan yang melibatkan tanah seluas 498.36 hektar. Mereka menyerahkan tanah mereka kepada LBCNSB untuk dimajukan. Para peserta itu dijanjikan pampasan bernilai RM360,000 seorang iaitu wang tunai, RM180,000 dan sebuah rumah RM180,000.

LBCNSB kemudiannya menubuhkan sebuah anak syarikat iaitu LBCN Development Sdn Bhd pada 20 Ogos 1998 untuk membangunkan tanah tersebut. LBCN Development kemudiannya menjalankan usaha sama dengan syarikat pemaju Vega Builders Sdn. Bhd untuk membangunkan tanah secara pembangunan bersepadu yang sekarang dikenali sebagai Bandar Alam Perdana. mereka berhadapan dengan masaalah. Pada 2008, Kerajaan Negeri Selangor bertukar tangan. Masalalah Rancangan Revolusi Hijau Selangor dan Bandar Syarikat berterusan.