MACC report made on LBCN and Mujur Zaman land transaction
10:11 Nov 11, 2017  |  By
MACC report made on LBCN and Mujur Zaman land transaction

Bernama report as publish by the Sinar Harian HERE yesterday November 10, 2017 is as follows:

 

--------------------------

 

Laporan  Bernama yang disiarkan di laman web Sinar Harian SINI semalam November 10, 2017 adalah seperti berikut:

 

Dua NGO lapor SPRM isu tanah

 

10 November 2017

 

PUTRAJAYA - Dua pertubuhan bukan kerajaan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta siasatan dijalankan jika terdapat unsur rasuah dalam isu tanah di mukim Ijok yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada dua syarikat.

 

Penasihat Generation2u United Club, Kalam Azad Abu Bakar berkata pada 2009, tanah di mukim Ijok itu telah dirampas oleh kerajaan Selangor ekoran kegagalan LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd (MZSB) membangunkan tanah tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

 

Menurutnya, pihak LBCN dan MZSB telah mengemukakan saman terhadap  kerajaan negeri Selangor namun gagal apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan saman tersebut dan  Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan LBCN dan MZSB untuk mengekalkan keputusan mahkamah tinggi.

 

Menurutnya lagi, pihak LBCN dan MZSB bertindak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan namun sebelum rayuan itu didengar di Mahkamah Persekutuan secara tiba-tiba kerajaan negeri Selangor telah menandatangani penghakiman persetujuan untuk memulangkan tanah-tanah tersebut kepada LBCN dan MZSB.

 

"Persoalannya mengapa kerajaan negeri Selangor bertindak sedemikian secara tiba-tiba sedangkan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan memandangkan terdapat keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang jelas memihak kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

 

Kalam Azad ditemui  bersama wakil daripada Persatuan Pemuda Kampung Lindungan 565, Mohd Ismawi Ismail.

 

Justeru, Kalam Azad berkata Generation2u United Club dan Persatuan Pemuda Kampung Lindungan 565 membuat laporan supaya SPRM dapat  melakukan siasatan sewajarnya dan membawa pihak yang terlibat ke muka pengadilan sekiranya terdapat sebarang aktiviti  rasuah.- Bernama

 

*******

 

The Utusan Malaysia report yesterday HERE reads below:

 

--------------------------

 

Lamporan Utusan Malaysia semalam SINI tertulis berikut:

 

Siasat transaksi tanah di Ijok

 

Sharaimei Shaik Ahmedullah

 

11 November 2017 3:00 AM

 

PUTRAJAYA 10 Nov. - Persatuan Pemuda Kampung Lindungan 565 dan Kelab Generation2u United hari ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat transaksi urusan tanah di mukim Ijok, Selangor yang telah diberikan oleh Kerajaan PKR Selangor kepada syarikat LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (MZSB).

 

Penasihat Kelab Generation2u United, Kalam Azad Abu Bakar berkata, berdasarkan maklumat yang didedahkan melalui laman sesawang http://selangor-leaks.com terdapat beberapa elemen bersifat rasuah berlaku melibatkan transaksi tersebut.

 

Beliau berkata, berdasarkan pendedahan itu, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh kerajaan negeri pada 2009 ekoran kegagalan kedua-dua pemaju membangunkan tanah tersebut dalam jangka masa ditetapkan.

 

“Pihak LBCN dan MZSB kemudiannya telah menyaman kerajaan ne­geri, namun gagal selepas mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan ma­sing-masing membatalkan saman dan menolak rayuan mereka.

 

“Kedua-dua pihak berkena­an kemudiannya merayu ke Mahkamah Persekutuan, namun sebelum rayuan didengar secara tiba-tiba kerajaan negeri telah menandatangani penghakiman persetujuan untuk memulangkan semula tanah tersebut kepada LBCN dan MZSB,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan kepada SPRM di sini.

 

Kalam Azad berkata, tindakan Kerajaan PKR Selangor itu telah menimbulkan persoalan besar kerana mereka mempunyai ke­lebihan selepas mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan memihak kepada mereka.

 

Beliau berkata, persoalan le­bih besar timbul apabila syarikat pemaju, Eco World Group Deve­lopment Bhd. (Ecoworld) mengumumkan pembelian sebahagian tanah-tanah yang dimiliki LBCN dan MZSB pada September 2015.

 

“Persoalan yang timbul ialah bagaimana Ecoworld membeli tanah-tanah berkenaan sedangkan masih menjadi subjek perbalahan dan litigasi di mahkamah antara LBCN dan MZSB dengan kerajaan negeri Selangor.

 

“Kesemua persoalan tersebut hanya timbul selepas kerajaan negeri diterajui oleh kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.

 

*******

 

After having being paid by Ecoworld, has LBCN and MZB paid the original settlers whose land were transferred to the companies for development venture?

 

--------------------------

 

Setelah dibayar oleh Ecoworld, sudahkah LBCN dan MZB bayar peneroka asal, yang mana tanah mereka telah ditukar hakmilik untuk syarikat-syrikat ini unuk usaha pembangunan?