Has the PKPS farmers been paid their due compensation?
10:11 Nov 20, 2017  |  By
Has the PKPS farmers been paid their due compensation?

The Member of Parliament for Kuala Selangor, Dato Seri Dr Irmohizam bin Ibrahim issued the following statement on November 15th, 2017:

 

-----------

 

Ahi Parlimen untuk uala Selangor, Dato Seri Dr Imohizam bin Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan berikut pada November 15hb, 2017:

 

KENYATAAN MEDIA OLEH
YB DATUK SERI DR. IRMOHIZAM BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR

 

TAJUK: KERAJAAN SELANGOR TIDAK PEDULIKAN NASIB PETANI.

 

1. Desakan NGO terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu bayaran pampasan tanah di Ijok perlu disegerakan. Ini kerana dikatakan sudah 20 tahun tanpa penyelesaian dan saya juga pernah membangkitkan isu yang sama sejak tahun 2015 lagi. Siasatan ini perlu dilaksanakan segera agar isu-isu seperti jumlah pampasan, kaedah pembayaran dan terma pembelian dapat dijelaskan segera.

 

2. Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa tanah ini telah diberikan semula kepada pemaju yang sama setelah dirampas oleh Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2009. Para petani PKPS juga turut dijanjikan pampasan sebanyak RM360,000.00, namun adakah pampasan ini masih bernilai yang sama jika bayaran pampasan dilunaskan nanti? Nampaknya nasib rakyat Selangor seperti golongan bawahan ini tidak sepenuhnya dipedulikan oleh kerajaan Selangor.

 

3. Sepatutnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin bin Ali memberikan perhatian serius terutamanya terhadap golongan petani ini. Apa yang menghairankan saya, baru-baru ini Eco World telah melancarkan produk-produk hartanah di projek perumahan berintegrasi di Ijok dan seharusnya isu ini boleh diselesaikan dan tidak sepatutnya bayaran pampasan tidak dibayar.

 

TAMAT.

 

Has the PKPS farmers been paid their agreed compensation for transfering their land to enable LBCN Development Sdn Bhd and Mujur Zaman Sdn Bhdto develop?

 

------------------

 

Sudahkah petani PKPS dibayarkan pampasan yang telah dijanjikan untuk tukar hakmilik bagi bolehkan LBCN Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd sepatutnya bangunkan?