Selangor terus malang dibawah kepimpinan Azmin Ali
07:11 Nov 27, 2017  |  By
Selangor terus malang dibawah kepimpinan Azmin Ali

Pada tanggal 23 September 2014, Dato’ Seri Azmin Ali telah dengan gahnya mengambilalih jawatan Menteri Besar Selangor gara-gara kemelut Langkah Kajang. Walaupun beliau bukannya merupakan pilihan utama atau pun kedua untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, usaha dan takdbr menyebelahinya.

 

Setelah lebih dari tiga tahun menerajui Kerajaan Selangor dan pilihanraya umum saban hari semakin menghampiri, bertepatan sekali untuk kita membuat penilaian keatas keberkesanan kepimpinan beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

 

Sebagaimana yang telah digembar-gemborkan oleh Azmin, Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan beliau menjanjikan Visi pentadbiran yang efisyen, bersih dari rasuah, dan menjadi Negeri contoh yang mempunyai ekonomi terbesar.

 

Visi tersebut diselangselikan dengan Moto Perkhidmatan Awam Negeri yang membangunkan bangsa, memakmurkan negeri. Kenyataan isi khidmat pelanggan pula adalah untuk yang terbaik dari kami. Selepas tiga tahun memimpin Kerajaan Negeri Selangor, apakah pengisian yang telah dibuat oleh Azmin?

 

SELANGOR-LEAKS telah melontarkan persoalan sama ada mampukah Kerajaan Negeri Selangor berjaya mencapai visi untuk menjadi Negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan?

 

Adakah misi untuk melestarikan kehidupan rakyat untuk kesejahteraan hubungan dengan tuhan, manusia dan alam sekitar yang mahu dicapai berjaya dilakukan? Adakah penjawat awam berupaya melaksanakan tugas mereka dengan lancar tanpa campurtangan pucukp impinan yang diterajui oleh Azmin?

 

Daripada pendedahan demi pendedahan oleh SELANGOR-LEAKS, pelbagai salahlaku dan ketirisan telah berlaku dalam pentadbiran negeri yang telah mengagalkan Harapan penjawat awam dari berupaya berikan "yang terbaikdari kami" kepada rakyat.

    

SELANGOR-LEAKS telah sebelum ini membongkarkan dan menunjukkan kepada rakyat Negeri Selangor yang turut ditonton oleh rakyat di seluruh Negara mengenai penyalahgunaan kuasa, ketirisan, kelemahan perundingan dan pelaksanaan kontrak untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor, perdayaan dan penindasan keatas golongan akademik, pelajar dan juga petani melalui kompromi oleh UNISEL dan tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok demi kepentingan syarikat-syarikat tertentu dengan membelakangkan segala Visi, Moto dan kebebasan penjawatawam di Selangor melaksanakan tugas mereka sebagaimana yang telah ditetapkan dari masa ke masa.

 

SELANGOR-LEAKS telah membuka mata rakyat dan menjelaskan segala kekaburan yang cuba ditutup dan dikaburi oleh Azmin dan kuncu-kuncunya.

 

Ikutilah kupasan lanjut seterusnya.