Gabra Azmin berlainan dari siasatan terhadap Adam Rosli dan Hilam Idham
12:12 Dec 05, 2017  |  By
Gabra Azmin berlainan dari siasatan terhadap Adam Rosli dan Hilam Idham

Sebaik saja, anak saudara Dato Seri Azmin Ali ditahan reman untuk siasatan oleh SPRM berhubung kekayaan luar biasanya yang disuspek berkait dengan kegiatan perlombong pasir secara haram, dua pegawai pejabat Menteri Besar memberi Selangor. Kedua-dua cuba mengalihkan tuduhan kepada blogger dan portal yang meramal tahanan untuk siasatan.

 

 

Manakala Azmin yang jarang malah tidak langsung memberi reaksi kepada mana-mana siasatan pihak berkuasa melibatkan kerajaan negeri dan agensi-agensi kini memberi reaksi yang anih. Dia tidak langsung disiasat tetapi dia telah memberi reaksi politik untuk tuduh ada komplot untuk jatuhkannya. Dalam perubatan kuasa, semua pihak yang bersaing cuba mendapat jawatan dengan cara yang turut melibatkan jatuh menjatuhkan. 

 

Oleh kerana dia sering berkata, untuk serahkan saja pada pihak berkuasa untuk bertindak, reaksi kali ini agak berlainan dari biasa:

 

 

 

Ketika Adam Rosli ditahan dan siasat oleh SPRM, Azmin lepas tangan dan hanya melihat dari jauh perbalahan antara Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR merangkap ahli Parlien Ampang, Zuraidah Kamaruddin yang berakhir dengan Nurul Izzah menyebelahi Azmin untuk mengherdik Adam Rosli.

 

Adam Rosli disiasat dan didakwa bawah AMLA.   

 

 

Manakala Azmin hanya diam membisu berhubung siasatan ke atas pegawai khas pejabat Menteri Besar, Halil Idham. Adakah Azmin mula rasa cemas dan ada bukti yang mengkaitkannya dengan anak saudara, anak Kak Longnya, Nurul Fadli? 

 

Kumpulan Semesta yang menguruskan pasir satu Selangor berada dalam di bawah struktur MBI Inc.