Video Palsu Serang KP SPRM Untuk Halang Siasatan
15:12 Dec 11, 2017  |  By
Video Palsu Serang KP SPRM Untuk Halang Siasatan

Serangan ke atas KP SPRM dilihat akan dipertingkatkan seiring dengan penangkapan anak saudara Menteri Besar Selangor. Beberapa oang saudaranya, termasuk abang kandung, kakak kandung, dua orang abang ipar dan beberapa orang anak saudaranya, selain Setiausaha Politiknya, Shuhaimie Shafie juga dikatakan berada dalam radar SPRM.

Azmin Ali dilihat sangat gelisah dengan tindakan SPRM kali ini. Dia awal-awal lagi menyifatkan operasi SPRM itu adalah komplot politik yang mahu menjatuhkannya. Malah dia turut memberi amaran agar ahli-ahli keluarganya tidak disentuh, seolah-olah seluruh keluarganya adalah maksum dan dia pula bebas berbuat apa-apa sahaja.

Timbalan Presiden PKR itu dilihat mengulangi taktik yang digunakan oleh Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim apabila menjadikan pentas-pentas ceramah politik sebagai medan membela diri. Ketakutan dan kebimbangannya kes tersebut akan dipanjangkan ke mahkamah, mendorong Azmin Ali bertindak menghasut dan mengapi-apikan para penyokongnya.

Pada masa yang sama, sekumpulan 'pakar' yang mendapat pendidikan di Australia, telah bercakap besar tentang beberapa klip video aib melibatkan Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Zulkifli. Mereka dijangka akan menyiarkan dan menularkan klip-klip video tersebut sebagai usaha menekan serta memaksa SPRM memberhentikan siasatan ke atas ahli-ahli keluarga Azmin Ali.

Sebelum ini, tiga klip video telah digunakan untuk menunjukkan KP SPRM adalah seorang yang tidak bermaruah kerana menjalinkan hubungan terlarang dengan isteri orang. Bagaimanapun, wanita berkenaan dan bekas suaminya telah membuat laporan polis selain menjelaskan perceraian mereka tidak berpunca daripada KP SPRM. Pasangan tersebut turut mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba membuat fitnah ke atas mereka dan KP SPRM.

Dalam keadaan terdesak, terutama selepas anak saudara Azmin Ali ditahan SPRM bersama-sama wang syarikat berjumlah RM4 juta tunai yang kemudian dibekukan di Kondominium G Residen Desa Pandan berhubung isu perlombongan pasir secara haram di Selangor, turut menjadi sasaran adalah abang Azmin, Azmin, abang iparnya Johan Taharin selain kakak sulung dan abang iparnya.

12 Disember, selepas 10 hari disoalsiasat dan ditahan reman, anak saudara Azmin yang merupakan seorang penganggur, Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid, 34, telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 dan penjamin. Anak saudaranya, abang dan abang ipar Azmin Ali dikatakan kaya-raya dan menjadi jutawan selepas menjadi proksi Azmin di negeri Selangor. Malah turut dikesan, terdapat beberapa bidang tanah yang berkeluasan besar telah diserahkan kepada keluarga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali. Untuk melindungi kegiatan haram tersebut, Shamsidar menggunakan saudara-saudaranya sebagai proksi.