Usaha Azmin lindungi diri dari sebarang pendedahan besar LBCN
14:12 Dec 13, 2017  |  By
Usaha Azmin lindungi diri dari sebarang pendedahan besar LBCN

Satu message di viral oleh unit media sosial pejabat MB Selangor yang berbunyi:

--------------------------

Peluang memiliki unit Rumah Selangorku berharga RM100k di Setia EcoHill dengan kelulusan serta merta.

Sila hadir ke Open Day D'Kristal pada 9 & 10 Disember 2017, jam 11.00pagi bersama RM1,000.00 wang deposit, MyKad, slip gaji, CCRIS, penyata KWSP & sijil kahwin.

Tertakluk kepada terma & syarat LPHS & Pemaju.

Info 03-87242255.

Tolong viralkan bagi membantu orang Malaysia susah, sebab rumah PR1MA kerajaan pusat terhad, bahkan telalu mahal sehingga mencecah RM450k. Kerajaan Selangor buat RM100k je.

-------------------------

Satu sahaja yang boleh disimpulkan dari mesej ini yang cuba ditular melalui Whas App. Ini adalah usaha Dato Seri Azmin Ali untuk mendapat sokongan dan mengalihkan pandang dari kemungkinan ada pertuduhan wang jualan tanah LBCN Development dan Mujur Zaman Sdn Bhd kepada Eco World disyaki diseleseng,

 

Isu LBCN ini didedahkan oleh Selangor-leaks.com dan transaksi yang mencurigakan yang telah dibuktikan menarik pihak tertentu untuk membuat laporan kepada SPRM untuk disiasat. Mungkin pendedahan sengaja tidak ditular besar-besaran seperti sering berlaku pada pendedahan kes skandal seks tetapi pihak tertentu khususnya pihak pejabat MB Selangor sentiasa menantau terbitan dari portal ini.

 

Setelah laporan kepada SPRM, pihak yang bertanggungjawab sedang mengkaji, menyiasat dan mengintip kes ini. Dokumen syarikat, dokumen mahkamah dan aliran wang sedang dikenalpasti. Sedikit masa tahulah apa terjadi disebalik tabir. Satu dokumen akan didedah tak lama lagi yang pasti akan membuat Azmin Ali ubah pula dari jangan kacau keluarga saya kepada jangan acau pejabat saya.

 

Sedkkit demi sedikit, akhirnya Azmin akan kata jangan kacau dia sebab sejak berganding bahu dengan Tun Dr Mahathir, dia merasakan dirinya, keluarganya dan staf pejabatnya sepatutnya maksum dari tiindakan undang-undang.