SPRM sudah masuk siasat salahlaku beri tanah Sungai Yu
13:12 Dec 15, 2017  |  By
SPRM sudah masuk siasat salahlaku beri tanah Sungai Yu

Semalam SPRM mengesahkan siasatan terhadap kes pemberian tanah Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Sungai Yu : SPRM buka semula siasatan

SHAH ALAM 13 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya akan membuka semula kertas siasatan skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjung Karang yang menyaksikan pelbagai episod kronisme, salah guna kuasa dan juga penyelewengan kronik.

engesahan itu dibuat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, enam hari berselang setelah Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ke­telusan Selangor (Selcat) mengesahkan wujudnya pelangga­ran syarat dalam skan­dal berkenaan.

Menurut beliau, siasatan ke atas kes tersebut dibuka se­mula setelah pihak­nya memperoleh buk­ti-bukti baharu dan serentak dengan itu juga, beberapa saksi akan dipanggil untuk memperjelaskan beberapa isu berkaitan dengan skandal terbabit, yang melibatkan tanah seluas 14.4 hektar.

Sepenuhnya di Utusan Malaysia di SINI.
 
--------------------
 
Turut dilaporkan, SPRM sahkan telah mengambil dokumen:
 

Skandal tanah Kampung Sungai Yu, SPRM rampas dokumen

 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil beberapa dokumen di pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) Selangor bagi membantu siasatan berhubung skandal pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya juga sudah membuka semula kertas siasatan berdasarkan maklumat baharu yang diperolehi.
 
 
"Kesemua dokumen yang diambil di Pejabat Daerah dan Tanah sedang diteliti jadi beri kami masa untuk jalankan siasatan.

"Saksi kita sedang panggil dan jika ada pihak yang dirasakan terbabit, SPRM akan buat siasatan lebih mendalam," katanya.
 
Baca sepenuh di Astro Awani SINI.
 
----------------------------
 
Program pemberian tanah oleh kerajaan negeri pada penduduk tempatan khususnya untuk kaum India telah disyaki berlaku salahlaku dan rasuah apabila dikessan ada nama-nama yang meenerima tanah tidak wujud di Japan Peendaftaran Negeri dan merupakan orang-orang luar dari kawasan Kuala Selangor.
 
Disamping itu, dikesan juga pemberian tanah kepada ramaai penerima dari satu keluarga yang mana disuspek berlaku salahguna kuasa.
 
Ketika Menteri Besar Selangor Dato Seri Azmin Ali bercakap besar dan mengisi bakul sendiri, skandal ini mendedahkan kelemahan kerajaan yang dikatakannya sebagai hebat. Tunggu siaran seterusnya untuk pendedahan panas berhubung skandal tanah Sungai Yu. 
 
Ini hanya sedikit dari pelbagai lagi pendedahan skandal tanah yang berlaku begitu besar-besaran di Selangor dengan rancangan DEIG adalah rancangan rompakan tanah yang besar dalam sejarah negara ini.