Sabar Chegubard kerana SPRM pasti siasat tanah PKPS
09:12 Dec 18, 2017  |  By
Sabar Chegubard kerana SPRM pasti siasat tanah PKPS

Chegubard, seorang bekas calun ADUN PKR di Pulau Pinang ketika pilihanraya umum ke 13 merangkap aktivis pro-PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan antara yang mula membuat laporan SPRM berhubung skandal tanah PKPS di Ijok Kuala Selangor. KIni Chegu Bard mendesak SPRM membuat siasatan dan dakwa pihak yang bersalah dalam tulisan blog terbarunya.

Keratan tulisan Chegubard berikut:

1. Pada 27 Ogos 2017 che'GuBard telah membuat laporan korupsi ke atas satu skandal tanah (berkaitan Kerajaan Negeri Selangor) PKPS bernilai RM1.181billion yang terkait Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan klik rujuk http://chegubard.blogspot.my/2017/10/laporan-sprm-skandal-tanah-rm1181b.html . Kemudian beberapa pihak lain turut tampil membuat laporan SPRM berkenaan perkara ini.

Selepas pendedahan awal dan laporan SPRM Khairuddin antara yang 'meroyan' sehingga menghantar masej maki hamun kepada beberapa wartawan. Klik http://chegubard.blogspot.my/2017/10/khairuddin-panik-dan-lapor-polis-untuk.html

 

 

Seterusnya beliau merumuskan isu LBCN (baca blog SINI) dan dihujung tulisannya mendesak SPRM supaya kes ini disiasat. Kataya pihak pembangkang nampaknya membisu kepada salahlaku besar ini. Keratan tulisan seperti berikut:

Semuda dokumen ini sudah dihantar kepada SPRM namun ramai tentu tertanya tanya kepada SPRM tidak bertindak, klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html baca pendedahan tersebut untuk memahami kenapa SPRM tidak bertindak terhadap Azmin dan kartelnya.

Projek RM 1.181 billion yang hampir mustahil berjalan tetapi diberi kebenaran kerana 'pen emas' Pejabat Menteri Besar Selangor, berapa pula nilai komisyenya ?

Dokumen pendedahan lengkap yang dihantar ke SPRM turut dihantar kepada beberapa pemimpin utama PH namun semua bisu.

Dengan ini mendesak respon daripada semua yang ditulis nama dalam tulisan ini. Artikel ini ialah desakan pertanyaan untuk mendapatkan respon dan penjelasan serta respon yang diberikan saya akan siar dan tulis semula. Mohon juga pihak media untuk memberikan bantuan dengan memanjangkan artikel dan pertanyaan ini kepada mereka terbabit termasuk SPRM yang membisu.

Elok sekali jika Chegubard mahu siar dan tulis semula.

Beliau pun sebenarnya membantu usaha SELANGOR LEAKS kerana kebanyakkan dokumen dan maklumat yang diguna CheguBard dan Lim Sian See Yang dipetik Chegubard muncul dahulu sedikit demi sedikit dari portal ini sejak dari Ogos 22hb 2017 (Baca SINI).

Bantuan dan kerjasama yang beliau beri menunjukkan bahawa isu tanah petani PKPS yang ditipu LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd serta persekongkolan MBI Selangor dan Eco World Development Berhad untuk menutup salahlaku besar ini BUKAN ISU POLITIK tetapi isu kemanusian, penindasan dan jenayah korupsi yang tidak seharusnya ada perbezaan partisan!

Berhubung SPRM, Chegubard harus bersabar kerana terlalu suntuk untuk SPRM membuat kenyataan dari hasil siasatan. Mungkin SPRM masih mengkaji lagi kerana isu korporat begini yang sudah melibatkan wang RM1.18 billion perlu dihalusi. 

Bukan saja Chegubard yang desak tetapi ada juga NGO lain turut membuat laporan SPRM pada awal bulan November baru-baru ini. (Sila baca SELANGOR-LEAK SINI). Sebaiknya dan ia pasti dilberi pertimbangan serius oleh SPRM, pihak yang membuat laporan sepatutnya turut serta berkongsi maklumat dan "lead" untuk bantu memudahkan dan menyegerakan siasatan SPRM. 

Terlalu kerap di masa lalu, laporan SPRM dibuat untuk tujuan wayang politik. Mereka-mereka seperti Rafizi Ramli hanya minta SPRM siasat tanpa memberi sebarang butiran untuk SPRM usahakan. Rafizi selalu hanya membuang masa SPRM untuk mendapatkan perhatian. Jika dia benar mahu perangi rasuah, kenapa dia berdiam dalam hal tanah PKPS yang melibatkan petani-petan yang puluhan tahun ditpu dari tanah mereka untuk pihak lain membuat keuntungan ratusan juta!!11

Bagaimana SPRM mahu ambil serius laporan sedemkian?