Azwan Ali Dedah Kata-Kata Azmin Ali Kepada Ibu Mereka Sehingga Buat Dia Bencikan Azmin
08:01 Jan 02, 2018  |  By
Azwan Ali Dedah Kata-Kata Azmin Ali Kepada Ibu Mereka Sehingga Buat Dia Bencikan Azmin

2013, Azwan Ali secara terbuka menyokong Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor, bahkan turut mendakwa dia berkempen bagi pihak abangnya.

Namun semuanya berubah apabila Azmin mendurhakai ibunya, Allahyarhamah Che Tom Yahaya yang meninggal dunia pada Februari 2017.

“Saya masih belum bersedia untuk mendedahkan apa yang dia (Azmin) katakan kepada arwah ibu kami yang menjadi punca mengapa saya sukar hendak memaafkannya,” kata Azwan Ali dalam satu temubual.

Ramai yang melihat drama dalam keluarga tersebut dan cubaan Azmin Ali untuk berlakon kononnya dia adalah seorang anak yang baik, amat memualkan. Fakta-fakta bahawa dia tidak peduli pun keadaan ibunya yang sedang nazak, menunjukkan siapa dia yang sebenarnya. Malah layanan Azmin kepada arwah ibunya itu juga menjadi punca mengapa seorang lagi adik perempuannya, Ummi Hafilda membencinya. Tidak kira sebaik mana pun imej awam ditunjukkan, tetapi seandainya layanan kepada ibu sendiri amat daif, secara tidak langsung Azmin Ali bukanlah jenis manusia yang mempunyai pekerti yang baik.

Azwan bagaimanapun, enggan menjelaskan apa sebenarnya yang dikatakan oleh Azmin walaupun didesak berkali-kali. Sebaliknya dia berkata, abangnya itu adalah seorang yang hipokrit, menyombong diri, tidak bermoral dan mempunyai kekayaan luar biasa yang tidak tahu dari mana sumbernya.

Sebagai contoh, dia mendakwa terdapat banyak rungutan dan aduan kepadanya tentang Azmin dan kroni-kroninya. Namun sekali lagi, Azwan enggan menjelaskan apakah rungutan dan dakwaan tersebut.

Sementara itu, setelah mendakwa Azmin Ali mempunyai kekayaan yang sangat luar biasa, Azwan menasihati abangnya agar menggunakan kekayaan tersebut untuk kebaikan dan kebajikan rakyat Selangor.

“Sudah tentu sebagai Menteri Besar, dia mempunyai gaji berpuluh ribu ringgit sebulan. Tetapi apa yang saya musykilkan ialah kekayaan luar biasanya dan sekarang menjadi kes di SPRM. Saya mahu rakyat buka mata dan melihat bagaimana Azmin boleh menjadi sekaya itu sedangkan ramai orang di Selangor menderita.

“Sepatutnya dia memberikan bantuan kepada rakyat yang menderita. Anak-anaknya menikmati kehidupan mewah di London, apa ini semua? (terdapat banyak gambar-gambar viral menyokong dakwaan Azwan). Apa jenis pemimpin Azmin Ali ini sedangkan ramai yang menderita dan dia langsung tidak peduli?”