Samseng dan Menipu Adalah Gaya Tadbir Azmin Ali Di Selangor
18:01 Jan 22, 2018  |  By
Samseng dan Menipu Adalah Gaya Tadbir Azmin Ali Di Selangor

Dari awal lagi iaitu semenjak Azmin Ali mula diperkenalkan sebagai orang kanan Anwar Ibrahim, dia telah berjaya mempotretkan dirinya sebagai Pemimpin Masa Hadapan bagi keperluan rakyat Malaysia dan Selangor khususnya. Sebilangan besar orang dan pemimpin UMNO yang seangkatan dengannya turut mencanangkan kononnya Azmin Ali seorang yang sangat hebat, berkaliber dan berwawasan. Pelbagai cerita mitos lain tentang batang tubuh Azmin Ali turut ditokok tambah bagi menunjukkan hebatnya lelaki yang memiliki kod 71 pada MyKadnya.

Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar Selangor sebaik-baik sahaja Pakatan berjaya mengungguli DUN Selangor, berjaya digulingkan oleh Azmin Ali secara licik menerusi Langkah Kajang yang menjadikan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sebagai umpan. Pada ketika itu, Azmin Ali berjaya membuktikan kelicikannya sebagai ahli politik sebagaimana yang sering diuwar-uwarkan oleh kawan-kawannya, sama ada di dalam PAS, PKR sendiri mahupun UMNO. DAP yang pada peringkat awal terkesan dengan cerita tahyul kononnya Azmin Ali adalah seorang pejuang dan berjiwa Melayu, turut berasa terancam dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun hanya beberapa hari selepas menjadi Menteri Besar Selangor, selepas melakukan beberapa lakonan murahan termasuklah terjun ke dalam longkang dan parit, perangai dan kegelojohan Azmin Ali tidak dapat disorok-sorok lagi. Orang-orang PKR sendiri mulai bercerita bagaimana Azmin Ali membolot banyak projek dan tender dari PBT-PBT di seluruh Selangor menerusi proksi-proksinya yang terdiri daripada ahli keluarganya sendiri mahupun ahli keluarga isterinya. Banyak projek-projek yang nilainya sangat besar walaupun impaknya tiada seperti projek mengecat pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang bernilai jutaan ringgit, wujud pada zaman Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor. 

Untuk mengimbangi nafsu besar Azmin Ali itu, semua PBT di Selangor bertindak sebagai kumpulan samseng dan 'kongsi gelap'. Tidak sahaja menaikkan cukai pintu, cukai dan premium tanah, Azmin Ali memperkenalkan subsidi kepada pemodal untuk mengaut keuntungan besar menerusi pakej plastik 20 sen yang rakyat dan penduduk Selangor dipaksa bayar.

PBT-PBT Selangor yang dianggap cemerlang ketika berada di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim terutama yang membabitkan isu-isu tanah, kini hanyalah sekumpulan koboi sesat yang bersikap samseng dan pemeras menerusi pelbagai tindakan yang berasaskan perkauman dan mencetuskan permusuhan agama. Taktik di kawasan pengundi Cina lebih 30%, penguatkuasaan diperketatkan. Kadar sewa gerai dan premis perniagaan pula dinaikkan berkali-kali ganda. Manakala di kawasan yang dikelilingi oleh masyarakat Melayu seperti di Kuala Selangor, anggota PBT berlagak seperti penguatkuasa anti-Cina seperti yang dapat dilihat berlaku di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor, seminggu sebelum ini.

Walaupun perbuatan berkenaan dirakamkan secara jelas menerusi kamera litar tertutup di pasar tersebut, jawapan balas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang 'memiliki' PBT tersebut sangat janggal dan memperbudak-budakkan orang ramai. Video berdurasi 30 saat menampilkan tiga orang anggota penguatkuasa PBT pada mulanya dilihat menghampiri tempat berniaga peniaga terbabit sambil memberitahu sesuatu. Namun salah seorang daripada anggota tersebut tiba-tiba menarik secara tiba-tiba bekas plastik hitam sehingga jatuh dan kemudian menterbalikkan sebuah lagi bekas yang penuh berisi ikan ke lantai.

KLIK PAUTAN VIDEO INI UNTUK MENONTON GELAGAT SAMSENG ANGGOTA PBT MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR

Kalau Menteri Besarnya seorang samseng, sudah pastilah penguatkuasa PBTnya juga perlu menjadi samseng. Tidak menghairankan kalau Menteri Besarnya seorang penyonglap, perasuah dan pembohong, pastinya gelagat yang sama sedang berleluasa di kalangan anggota-anggota PBT di seluruh Selangor.