Petani Bestari Jaya hilang tanah yang diterokai selama 30 tahun
13:01 Jan 27, 2018  |  By
Petani Bestari Jaya hilang tanah yang diterokai selama 30 tahun

Semalam di Bestari Jaya berlaku tunjuk perasan yang menyuarakan kemarahan terhadap kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato Seri Azmin Ali berhubung pencerobohan ke atas tanah-tanah milik peneroka asal Tanah Rancangan Kelompok di Jalan Hopeful, Bestari Jaya.

 

Peneroka-peneroka asal tanah-tanah ini telah mengusahakan kebun kelapa sawit sebagai sumber pendapataan mereka selama 30 tahun. Tanpa disedari penama tuan punya tanah telah ditukarkan di Pejabat Tanah Kuala Selangor. Mereka telah memohon mendapatkan kebenaran dan hak milik tanah di mana ada peneroka pernah ditemuduga. Sepatutnya keutamaan diberikan pada peneroka awal tanah tetapi ianya diberikan kepada syarikat-syarikat.

 

Asalnya tanah-tanah ini adalah hutan belukar bersebelahan Ladang Hopeful di Mukim Ulu Tinggi, Bestari Jaya. Semenjak 1987, ia diterokai oleh bekas-bekas pekerja lombong Berjuntai Tin Dredging semenjak tahun 1987 dengan kebenaran daripada Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor secara berkelompok. Kawasan ini telah dibahagi-bahagikan kepada Parit 1 hingga 15 di mana setiap parit mempunyai sekitar 32 lot dan setiap lot mempunyai keluasan 2 ekar setiap orang. Dianggarkan seramai 400 orang peneroka terlibat mengusahakan tanah ini dengan sebahagian besar menanam kelapa sawit dan 10% menanam tanaman kontan seperti keladi.

 

Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor ada mengeluarkan geran kepada beberapa peneroka pada tahun 1996. Namun begitu, hanya 180 orang peneroka sahaja yang mendapat geran dan selebihnya belum.

 

Pada minggu lepas, beberapa peneroka yang belum ada geran tanah mendapati kelapa sawit milik mereka ditebang oleh sebuah syarikat. Mereka mendakwa membeli tanah lot di kawasan ini.  Ini melibatkan 15 buah lot kebun. Difahamkan 21 buah lot akan ditebang oleh syarikat ini. Beberapa laporan polis telah dibuat:

 

Yang menghairankan peneroka-peneroka adalah bagaimana kavaet tanah boleh dilepaskan oleh Pejabat Tanah kepada syarikat tersebut. Dengan terpindahnya hakmili kepada pihak ketiga, ia menimbulkan syak terdapat unsur rasuah berlaku di Pejabat Tanah Kuala Selangor.

 

Mereka telah merayu kepada merayu Menteri Besar Selangor untuk turun dan melihat masalah peneroka di sini.  Beliau sepatutnya berasa simpati kepada peneroka yang teraniaya kerana telah hilang hak dan pendapatan.

 

Kerajaan negeri sepatutnya peka dengan nasib rakyat yang kehilangan punca pendapatan untuk menyara keluarga. Ini bukan kejadian pertama melibatkan Pejabat Tanah Kuala Selangor. Sebelum ini, ada isu tanah yang berlaku di Kg. India Sungai Yu.