Azmin Ali perompak RM7.5 bilion wang rakyat Selangor
11:02 Feb 11, 2018  |  By
Azmin Ali perompak RM7.5 bilion wang rakyat Selangor

Ogos 2015, bekas Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membuat pendedahan mengejutkan dan sebenarnya sangat besar. Malangnya, bukan sahaja tidak disambut oleh pembangkang di Selangor yang terdiri daripada UMNO dan komponen BN, tetapi juga berjaya ditutup dan disepikan oleh Azmin Ali. 

Khalid mendedahkan tentang penyelewengan besar yang berleluasa di dalam Kerajaan Negeri Selangor dengan kepala perompaknya adalah Azmin Ali sendiri melibatkan wang rakyat Selangor berjumlah RM7.5 bilion dan RM30 bilion lagi yang diletakkan di bawah sebuah syarikat bernilai RM2.

Cross-check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat RM2 itu adalah milik Raja Shahreen dan Soffian Affendi, bukannya milik Menteri Besar Incorporation (MBI).

Khalid Ibrahim telah mendesak Azmin Ali memberi penjelasan berkaitan kos pengambilalihan industri air Selangor ketika membuat dakwaan ke atas Azmin pada sidang DUN Ogos 2015. Dalam penjelasan, Azmin hanya mampu menjelaskan tentang kos berjumlah RM2 bilion daripada jumlah keseluruhan RM9.65 bilion.

Pertanyaan Khalid, ke mana baki RM7.65 bilion langsung tidak dijawab oleh Azmin Ali. Kata Khalid, penjelasan berhubung RM7.65 bilion tersebut amat penting kerana ia akan menyebabkan tarif air di Selangor meningkat, dan sememangnya itulah yang dilakukan oleh Azmin Ali selain menaikkan kadar percukaian di seluruh Selangor melibatkan pelbagai sektor terutama hartanah.

Menurut Khalid Ibrahim, Azmin perlu menjelaskan tentang RM7.65 bilion yang hilang itu kerana ia membabitkan kos pengambialihan. Sekiranya tidak dijelaskan, kos itu sebenarnya meningkat sekaligus harga air naik bagi membayar hutang pinjaman.

Mengikut kiraan, sekiranya kos pengambilalihan adalah RM9.6 bilion, ia akan dapat mengatasi masalah pengurusan mengurangkan air tidak terhasil (NRW).
Azmin Ali sebelum itu ketika menjawab sesi soal jawab berkata, tarif air di Selangor AKAN DINAIKKAN selepas pemeteraian perjanjian utama industri air. Alasannya ialah jangkaan kos yang ditanggung oleh anak syarikat kerajaan negeri, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor). Kata Azmin, untuk jangka panjang, perjanjian yang dimuktamadkan melibatkan kos proses penstrukturan untuk pastikan perkhidmatan air yang berkualiti.

Ia mungkin berita dan isu lama, tetapi sehingga sekarang RM7.65 bilion tersebut hilang begitu sahaja. Azmin Ali bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malahan cuba menyembunyikan isu tersebut dengan mencipta polemik-polemik lain. Rompakan besar yang dilakukannya seperti berjaya disembunyikan dengan sebaik-baiknya. Kebijaksanaan Azmin Ali  menutup rompakannya itu dengan beberapa isu remeh lain termasuklah isu RUMAH SELANGORKU yang jelas merupakan satu penipuan, berjaya menyelamatkannya daripada tindakan undang-undang.

Begitu juga dengan pesta lelong Wisma Yakin, Kompleks PKNS, Hotel Brisdale dan Hotel Quality milik Kerajaan Negeri, turut disenyapkan dengan hasil jualan juga entah ke mana.
Maka tidak hairanlah bilamana rakan-rakan sekongkol Azmin Ali seperti Shaari Sungip, ADUN Hulu Kelang boleh membeli rumah bernilai RM7 juta dengan mudah. Anak saudaranya yang diketahui menganggur pula memiliki kekayaan yang bukan kecil dan tidak boleh dijelaskan oleh sesiapa pun. Abang iparnya menjadi kaya-raya dalam masa yang singkat. Dan SETPOLnya yang berasal dari Bagan Serai yang hanya merupakan seorang marhein, kini hidup mewah walaupun diketahui tidak mempunyai syarikat korporat yang menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan.

Kenapa TS Khalid Ibrahim mengamok di Dewan Undangan Negeri Selangor? Kerana Khalid tahu Azmin Ali sedang memindahkan wang RM7.65 Billion ke akaun rahsia Azmin. Termasuk RM30 Billion di tangan proksinya. Pertelingkahan terbuka bekas Menteri Besar YB Khalid Ibrahim dan Menteri Besar sekarang YB Azmin Ali adalah kerana Korupsi dan kegiatan mencuri wang yang mereka dua-dua mengetahuinya kerana masing-masing pernah dan sedang memegang kuasa.