Liew Ecoworld sekongkol dengan Azmin untuk jatuhkan Najib kawan sendiri
08:02 Feb 13, 2018  |  By
Liew Ecoworld sekongkol dengan Azmin untuk jatuhkan Najib kawan sendiri

Gambar di atas adalah gambar ketika Dato Mohd Najib Tun Abdul Razak di satu majlis pelancaran projek pembangunan EcoWorld Development Berhad di London pada bulan Mei 2016. Ecoworld telah melibatkan diri dalam projek pembangunan menghidupkan kembali Battersea Power Station menjadi suatu pembangunan mercutanda buat London yang dipelopori oleh syarikat-syarikat GLC. 

 

Baca di https://www.nst.com.my/news/2016/05/146014/new-milestone-eco-world-internationals-embassy-gardens

 

 

Eco World banyak mendapat sokongan dan kerjasama pihak kerajaan melalui GLC dan juga KWSP. Bulan lepas, Ecoworld mengumumkan kerjasama ketiga bersama EPF untuk membina dua township di Batu Kawan, Pulau Pinang bernilai RM7.76 billion. Sebelum ini, Ecoworld telah mengadakan usahasama dengan KWSP dalam projek Bukit Bintang City Centre dan Eco Grandeur + Eco Business Park V di Ijok. 

 

Baca di 

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/01/24/eco-world-partners-epf-for-third-time/

http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/swanky-township-coming-up-on-pudu-jail-site

 

Nampak kelihatan Ecoworld seolah-olah menyahut aspirasi kerajaan pimpinan Dato Najib seperti pelbagai CSR yang merek alakukan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan usaha-usaha alam sekitar, namun di belakang tabir syarikat pimpinan Pengerusi Ecoworld Tan Sri Liew Kee Sin berusaha menjatukan kerajaan pimpinan kawannya sendiri iaitu Dato Najib.

 

Mana tidak Liew boleh dianggap menikam dari belakang dan bersekongkol dengan Menteri Besar Selangor, Dato Seri Azmin Ali jika dia telah menyalurlan dana untuk membiayai kempen pilihanraya PKR dan PH melalui Azmin. 

 

Harus di ingat bahawa Ecoworld mengumumkan akan membeli tanah di Ijok pada September 2015 pada harga RM1.18 billion. Yang anihnya pengumuman ini dilakukan sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan penyelesaian global pada Mei 2016. Ini bermakna Liew telah berbincang untuk membeli tanah yang asalnya kepunyaan peneroka petani PKPS yang masih dipertikaikan di mahkamah.

 

Bukan isu Ecoworld tidak boleh berurusan dengan kerajaan Selangor pimpinan PKR dan DAP. Untuk berniaga di Selangor, pihak berkuasa mestilah kerajaan negeri pimpinan parti pembangkang di peringkat persekutuan. Isunya adalah ketika Liew berbincang dengan kerajaan negeri, status tanah itu telah balik kerajaan negeri daripada LBCN Development dan Mujur Zaman hasil keputusan Mahkamah Tinggi dan Rayuan yang berpihak kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri berkemungkinan telah guna kuasa ini untuk berurusan dengan Ecoworld.

 

Setelah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, tanah-tanah tersebut langsung dijual cara rasmi kepada Eco World dan keputusan mahkamah jelas menyatakan pembayaran harus dibuat kepada Daim & Gamany.

 

Sepatutnya Daim & Gamany mewakili petani-peneroka tanah PKPS yang telah diambil tanah untuk pembangunan oleh LBCN dan Mujur Zaman tetapi langsung tiada kesungguhan untuk membangunkan. Ia dilihat lebih merupakan con job. Dan sepatutnya wang telah dibayarkan Ecoworld kepada Daim & Gamany. 

 

Namun begitu, tiada wang pampasan dan rumah yang dijanjikan telah diserahkan kepada petani-peneroka PKPS. Malah sumber mengatakan Datuk Chin CHan Leung - yang bersama Dato Khairuddin Abu Hassan dalam Mujur Zaman, LBCN dan Fountain View Berhad - masih belum menerima sebarang bayaran. Dia yang sepatutnya membayar pampasan dan serahkan rumah yang dijanjikan tidak dapat lakukan.

 

Ada kemungkinan keputusan mahkamah membenarkan urusan petani Peneroka PKPS diurus sendiri oleh Daim & Gamany. Sehingga hal ini jelas, ini bermakna wang yang patut dibayar pada LBCN dan Mujur Zaman tidak dibayar tetapi telah diseleweng. Jika penjual tanah tersebut adalah pohak kerajaan negeri, bahagian LBCN dan Mujur Zaman telah diserap oleh kerajaan negeri dan selebihnya yang boleh menjangkau RM800 juta telah hilang ke tangan ghaib.

 

http://selangor-leaks.com/en/news/146/state-insisted-daim-and-garmany-represent-lcbn-and-mujur-zaman/view

 

Dengan Tun Daim dipercayai kembali ke Daim & Gamany dan pilihanraya hampir tiba, tidak hairan wang yang telah ke tangan ghaib adalah "slush fund" untuk biayai pilihanraya pihak PKR. Jika yang demikian, Eco World jelas sekali bukan saja main dua kolam tetapi Liew telah menikam kawanya sendiri, Dato Najib. 

 

http://selangor-leaks.com/en/news/163/daim-returning-to-former-firm-daim-and-gamany/view

 

Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana salah seorang Pengarah Syarikat Ecoworld adalah peguam Dato Abdul Rashid Abdul Manaf, "orang" Daim sendiri. 

 

Manakala CEO KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan adalah "orang" Tan Sri Nor Mohamad Yakcop. Sebagaimana semua ketahui, Nor Yakcop adalah yang bertanggungjawab dalam urusniaga penjudian duit Bank Negara Malaysia dalam pasarana forex atas kebenaran Perdana Menteri ketika itu, dan kini Pengerusi Pakatan harapan, Tun Dr Mahathir Mohamed.  

 

Walaupun berkhidmat untuk dua Perdana Menteri selepas Mahathir, Nor Yakcop masih tetap rapat dengan Mahathir.