Khairuddin Abu Hassan Berang Dua Syarikatnya Dikaitkan Rompakan Tanah Peneroka Ijok
12:02 Feb 15, 2018  |  By
Khairuddin Abu Hassan Berang Dua Syarikatnya Dikaitkan Rompakan Tanah Peneroka Ijok

 

Khairuddin Abu Hassan mengancam untuk menyaman Abdul Rahman Dahlan kerana mendedahkan tentang skandal dan penipuan tanah membabitkan dua syarikat milik Khairuddin, Mujur Zaman Sdn. Bhd dan LBCN Development Sdn. Bhd. (RUJUK SINI: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=905008383003453&id=379029638934666)

Untuk rekod, Khairuddin merupakan salah seorang pengarah eksekutif syarikat Mujur Zaman dan LBCN Development. Dia pernah menulis kepada pejabat tanah untuk merayu untuk kedua-dua syarikat kerana gagal memenuhi syarat kelulusan tanah. (RUJUK SINI : http://selangor-leaks.com/en/news/141/chin-chan-leong-and-khairuddin-abu-hassan-link-to-fountain-view/view)

Khairuddin cuba mempertahankan Azmin Ali dengan mengatakan Azmin Ali tidak terlibat dalam kes tersebut, sebaliknya yang bersalah adalah pentadbiran UMNO-BN pada tahun 90-an dan Khalid Ibrahim. Katanya lagi, Azmin Ali tidak tahu apa-apa tentang isu tanah peneroka Ijok itu dan dia sendiri tidak mempunyai sebarang peranan sebaliknya hanya Pengerusi yang dilantik, walaupun rekod menunjukkan sebaliknya.

Abdul Rahman Dahlan dalam pendedahannya mendakwa wujud percanggahan dalam langkah pentadbiran Azmin Ali yang menyerahkan tanah peneroka Ijok kepada dua buah syarikat yang ada kaitan dengan Khairuddin Abu Hassan.

Menurutnya, tindakan Azmin Ali menyerahkan semula tanah tersebut walhal Kerajaan Negeri Selangor ketika di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sudah merampas semula tanah tersebut daripada dua syarikat milik Khairuddin, Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd., dipertikaikan. (RUJUK SINI : http://selangor-leaks.com/en/news/139/in-2013-court-rejected-appeal-by-chin-chan-leong-and-khairuddin-abu-hasan/view)

Justeru, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan, apa justifikasi yang digunakan oleh Azmin Ali untuk menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion kepada Mujur Zaman dan LBCN Development walaupun keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan berpihak kepada keputusan Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri untuk mengambilalih semula tanah tersebut.

Pada tahun 2008, apabila Pakatan Rakyat memenangi Selangor, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor telah mengambilalih semula tanah kerajaan negeri yang diserahkan kepada kedua-dua syarikat untuk dibangunkan tetapi kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan perlanggaran syarat dan terma-terma perjanjian.

Mujur Zaman dan LBCN Development kemudiannya menyaman Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan balik tanah-tanah tersebut. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober 2013 berpihak kepada Kerajaan Negeri Selangor. Mujur Zaman dan LBCN Development kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari 2014, juga berpihak kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Namun Langkah Kajang yang diinisiatifkan oleh Rafizi Ramli menyaksikan, Khalid Ibrahim digulingkan dan Azmin Ali menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor. Azmin Ali mengubah semua dasar dan keputusan Khalid Ibrahim termasuklah dalam isu tanah ini.

Biarpun terdapat dua keputusan mahkamah sebelum ini, Azmin Ali bertindak lebih pantas untuk menyebelahi Mujur Zaman dan LBCN Development. Sebelum Mahkamah Persekutuan sempat mendengar rayuan kes yang sama, Mujur Zaman dan LBCN Development dan beberapa buah syarikat berkaitan telah membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam untuk menjual 2,198.4 ekar tanah berkenaan dengan harga RM1,181,335,536.65 pada 22 September 2015.

Berselang beberapa bulan selepas itu iaitu pada 17 Mei 2016, Azmin Ali telah menfailkan satu perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Selangor dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. serta LBCN Development telah bersetuju untuk membatalkan kes tersebut.

Maksudnya atau dengan kata lain, Azmin Ali membuat keputusan untuk menyerahkan tanah-tanah tersebut untuk dijual oleh Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development yang dimiliki oleh Khairuddin kepada syarikat awam berkenaan tanpa menunggu kes itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan dengan alasan, Kerajaan Negeri Selangor telah menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Para pemilik tanah tersebut iaitu peneroka seramai 337 orang, akhirnya berputih mata kerana tiada sebarang pampasan diberikan kepada mereka setelah tanah mereka dirompak dan dirampas. (RUJUK SINI : http://selangor-leaks.com/en/news/137/state-withdrew-from-pkps-settlers-land-acquired/view)

Azmin Ali tidak pernah mahu dan berani menjawab tentang isu ini ketika ditanya di DUN Selangor. Sebaliknya mengumumkan tentang Projek Rumah Selangorku yang kemudian dibatalkan supaya tiada sesiapa pun yang memperkatakan lagi tentang tanah PKPS yang membabitkan Mujur Zaman dan LBCN Development milik Khairuddin Abu Hassan.