UNISEL ingat mereka dapat tutup lubang MBI
13:03 Mar 19, 2018  |  By
UNISEL ingat mereka dapat tutup lubang MBI

Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof. Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman pernah membuat ramalan Barisan Nasional akan menang besar di pilihanaraya umum. Ramalan Prof Redzuan itu agak pelik, anih, dan luar biasa. 

Ketika di mengepalai institusi kajian UMCEDEL di Universiti Malaya, dia mengambilalih peranan Merdeka Centre untuk membuat ramalan negatif yang sengaja tidak tepat dan dimanipulasi untuk memberi gambaran BN akan kalah di PRU 13 dan bertujuan memberi keyakinan pengundi untuk menukar undi mereka dari BN ke PR.

Pertukaran cara membuat ramalan dan memanipulasi kajian untuk memihak kepada BN agak berlainan dari norma amalan pembangkang. Ia juga lari jauh dari ramalan positif yang dibuat INVOKE pimpinan Rafizi Ramli. Hanya beberapa pembuat ramalan saja yang ada reputasi baik dalam mengukur sentimen sebenar pengundi.

UNISEL merupakan salah satu pusat pemikir PKR dan kerajaan PKR Selangor. DI sini juga ramai penyarah-penyarah pro-Anwar Ibrahim dari zaman ABIM ke zaman PKR dibawa masuk dari Universiti-Universiti kerajaan pusat untuk menjadi think tank politik untuk Dato Seri Azmin Ali.

Maka boleh diagak bahawa pihak PKR cuba bermain “reverse psychology” untuk memberi harapan palsu dan seterusnya diharap UMNO dan BN di Selangor terutamanya akan cuai.
Namun begitu, UNISEL juga telah melakukan kecuaian besar. Pengurusan pernah tidak puashati dengan tindakan MBI untuk arah UNISEL membayar kontraktor Jana NIaga Sdn Bhd yang telah dibatalkan dari kontrak penyelenggaraaan bangunan dan pembinaan asrama berdepan dengan masaalah struktur.

Apabila SPRM menyerbu dan menyiasat, mereka terus menutup salahlaku MBI dan secara langsung, salahlaku Azmin Ali. Dipercayai mereka tukar kenyataan dan menyetujui tindak tanduk Azmin. Tindakan tersebut bermakna mereka bersekongkol melakukan kesalahan bersama Azmin dan telah membuat kenyataan bohong.

Mereka ingat mereka berjaya menutup lubang yang pernah disiarkan di Selangor-Leaks.com tanpa menyedari ia telah membuka banyak lubang-lubang lain. Dua tangan tidak boleh tutup lubang lebih dari dua kerana lubang-lubang lain akan terdedah.

Semua pihak dalam Lembaga Amanah UNISEL telah melakukan kesalahan, termasuk Professsor-Professor, pemikir-pemikir dan para intelek penyokong Dato Anwar Ibrahim yang sama menganggotai. Jika disabit kesalahan “abetting” (bersekongkol), mereka berdepan hukuman bawah penal code dan lupuslah semua anggota think tank Anwar dan Azmin di UNISEL bersama Azmin sekali.