Haji Omar Ketua Peneroka pro-MB risau dan terpaksa bohong peneroka
13:03 Mar 27, 2018  |  By
Haji Omar Ketua Peneroka pro-MB risau dan terpaksa bohong peneroka

Setelah terjerat tanpa jawapan dan alasan yang munasabah untuk menangkis pendedahan-pendedahan dan persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak, pejabat MB Selangor kini memilih media tertentu sahaja untuk majlis penerangan semalam.

 

Media yang dianggap bukan pro-PKR ditahan dari masuk:

 

Selangor MBs office bar selected media from Ijok briefing

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/03/349642/selangor-mbs-office-bars-selected-media-ijok-briefing

 

Ekoran itu, Facebook memberi reaksi berikut:

 

 

Sementara itu, SPRM merancang untuk mendapatkan kenyataan dari Peneroka

 

Isu tanah Ijok: SPRM akan panggil peneroka asal

https://www.malaysiakini.com/news/417086

 

Peneroka dipanggil untuk memberi kenyataan oleh SPRM esok di De Palma Hotel, Kuala Selangor dari pukul 2 tengahhari. Sekurang-kurangnya 200 peneroka akan hadhir. Ekoran tu, kumpulan Badan Bertindak yang diketuai oleh Haji Omar telah menyebarkan fake news kepada peneroka-peneroka seperti berikut:

 

Asallamualaikum dan salam sejahtera kepada peserta rancangan tanah Bukit Cerakah peringkat 2&3 ijok mujur zaman Alam Mutiara dan Liputan Canggih Alam Utama yang belum tanda tangan perjanjian rumah dan waris yang telah selesai mengabil kuasa pentadbi harta sila berjumpa peguam Daim & Gamany untuk tanda tangan perjanjian rumah dan sekiranya ada mengatakan ada pada 28.3.2018 ni perjumpaan itu bukan dari AJK Bertindak yang betdaftar dengan pemaju baru paragon pinnacle sdn bhd itu dari kumpulan yg menyaman kerajaan Selangor sebab pada pandangan saya untuk menang agak tipis tapi untuk kalah agak besar jadi dia minta sokongan kalau kena bayar peguam boleh kongsi bersama

 

Dalam dia berusaha untuk menahan peneroka dari pergi ke majlis esuk dia telah berbohong kepada peneroka-peneroka dan bakal menyusahkan kesepakatan mereka dengan mengatakan kumpulan yang berkumpul esuk adalah “AJK Bertindak bukan berdaftar denga pemaju paragon pinnacle sdn bhd.” Ini seolah-olah memperakui bahawa AJK perlu mewakili Paragon Pinnacle dan Daim & Gamany, bukannya peneroka-peneroka. Padanlah kepentingan peneroka tidak dipertahankan kerana mereka hanya mengikut arahan dari Daim & Gamany sebagai peguam yang dipilih oleh kerajaan negeri dan ditentukan oleh penandatangan-pendatangan dalam Settlement Agreement.

 

Difahamkan ia hanya ditandatangan oleh pihak Paragon Pinnacle, pemaju-pemaju Mujur Zaman dan Liputan Canggih, dan 14 peneroka-peneroka. Adakah peneroka-peneroka itu dapat persetujuan kesemua peneroka-peneroka untuk mewakili mereka dan menerima terma yang berat sebelah serta penipuan?

 

Turut dipersoalkan, adakah mereka ada legal locus standi untuk mewakili dan menandatangani surat perjanjian?

 

Jika didapati 14 peneroka itu mendapat habuan dan juga kedudukan rumah yang lebih baik dari peneroka lain untuk memainkan peranan memutarbelit supaya peneroka-peneroka yang kurang faham terima bulat-bulat terma Paragin Pinnacle tanpa menyedari mereka sudah ditipu dan hak mereka telah diabaikan, SPRM boleh siasat kesemua 14 ahli Jawatankuasa tersebut.

 

Perjanjian ini dikatakan oleh kerajaan negeri sebagai private agreement yang mana kononnya kerajaan negeri tidak terlibat langsung. Mengapa pula kemungkinan Daim & Gamany bertindak untuk kepentingan kerajaan negeri dan pemaju baru, bukannya menjaga hak dan kepentingan peneroka-peneroka.

 

Bagi menjawab Haji Omar, pemaju pernah menandatangani persetujuan untuk dikenakan penaliti lambat sebanyak 10% setahun. Mengapa consent judgement mengenepikan terus penaliti yang jumlahnya sepatutnya banyak dan berganda dari jumlah asal?

 

Adalah AJK bertindak yang dipimpin Haji Omar bersekongkol dengan Daim & Gamany untuk menafikan hak dna kepentingan peneroka?

 

Pihak sebelah kerajaan negeri masih tidak menyahut tuntutan Dato Eric See-To untuk didedahkan  semua-semua dokumen perjanjian untuk dilihat orang ramai.

 

Ijok land: BN man makes 'simple request' - reveal documents

https://www.malaysiakini.com/news/417117

 

 

Sejak terdedah dan SPRM bertindak untuk menyiasat dan tahan pelbagai phak untuk siasatan, Sivarasa dan pejabat MB begitu gelabah sekali. Nampaknya bukan saja Sivarasa dan Yin Shao Loong sedang gabra dan risau akan nasib mereka, nampaknay pejabat MB dan ketua AJK bertindak pro-kerajaan negeri pun sudah gabra dan risau kerana mereka telah lakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang!