Sivarasa takut banyak terdedah jika saman Irmohizam
10:04 Apr 17, 2018  |  By
Sivarasa takut banyak terdedah jika saman Irmohizam

Setelah dua peneroka lantikan Daim & Gamany ditahan SPRM untuk siasatan, YB Sivarasa, rakan kongsi dalam Daim & Gamany jadi takut hingga tidak berani untuk saman ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dato Irmohizam Ibrahim. 

 

Laporan Utusan Malaysia pada April 6hb 2018 lalu (baca SINI) melaporkan dua jawatankuasa bertindak yang dilantik Daim & Gamany untuk projek pembangunan di Ijok Iditahan SPRM untuk siasatan terima rasuah dari syarikat konsultan. Sedutan berikut:

 

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 66 tahun dan 75 tahun itu ditahan kerana disyaki menerima suapan daripada syarikat perunding pampasan sebagai balasan untuk tidak melindungi kepentingan pene­roka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok.

 

“Difahamkan, kedua-dua mereka menerima wang berjumlah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding berkenaan untuk melakukan perkara tersebut.

 

Hampir semua media telah memberi liputan meluas kepada perkembangan ini. Menurut sumber, kedua yang ditahan adalah Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak baru yang dilantik oleh Daim & Gamany. 

 

Ekoran tu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato Irmohizam mengeluarkan satu kenyataan pada lebih kurang pada April 13hb berkenaan perkembangan terbaru tersebut. Dia telah  menimbulkan persoalan seolah-olah Daim & Gamany bersekongkolan dengan Badan Bertindak baru yang mereka lantik dengan ada habuan rasuah dan rumah corner lot untuk 16 peneroka yang sanggup belot dan tipu rakan-rakan peneroka yang lain.

 

Tindakan Irmo itu seolah-olah mencabar PKR untuk menyaman dirinya. Sehingga hari ini April 17hb, tiada reaksi undang-undang dari Daim & Gamany lagi.  Dia hanya setakat mengeluarkan kenyataan di FB SINI yang mengatakan surat tuntutan tarik balik telah dikeluarkan. [Media The Malay Mail Onlone SINI ada laporkan.] 

 

Setakat ini, masih belum ada apa-apa lagi diserahkan. JIka demikian, ini boleh membuat orang ramai mengandaikan SIvarasa dan PKR takut banyak terdedah jika dia cuba heret Irmo ke Mahkamah. Malah Badan Bertindak Peneroka yang dilantik Daim & Gamany yang terpalit dalam kenyataan Irmo berhak menyaman dan sepatutnya lakukan segera.

 

Jika mereka berdiam, orang awam akan anggap ada kebenaran disebalik kenyataan Irmo. [Media massa turut melaporkan kenyataan Irmo (baca Berita Harian SINI an NST SINI)]. Adakah Irmo membuat kenyataan yang membolehkan dia disaman?

 

 

Kenyataan sepenuh Irmo berikut:

 

Adakah Kerajaan PKR Selangor Sebahagian Daripada  Sindiket Penipuan Ke Atas Para Peneroka?

 

1.            Minggu lepas, penangkapan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Peneroka Ijok oleh SPRM selepas mereka dilaporkan menerima imbalan berjumlah antara RM75,000 sehingga RM150,000 dari pihak ketiga firma konsultan, telah membuka lebih banyak tembelang skandal ini.

 

2.            Untuk imbasan, 2,200 ekar tanah milik 981 orang keluarga peneroka telah dijual oleh dua buah syarikat pemaju kroni kepada sebuah syarikat lain berjumlah RM1.18 bilion – di mana 981 orang peneroka tersebut hanya menerima RM300 juta manakala RM880 juta pula telah dikongsi oleh dua syarikat pemaju tersebut dengan beberapa pihak ketiga yang bertindak sebagai konsultan.

 

Selain itu, para peneroka hanya menerima pampasan untuk tanah mereka pada harga RM3 sekaki persegi berbanding nilai pasaran semasa yang dipercayai antara RM35 sekaki persegi sehingga RM65 sekaki persegi.

 

3.            Daripada RM880 juta itu, syarikat-syarikat pihak ketiga itu pula menerima sekurang-kurangnya RM262 juta. SPRM turut menahan para pemilik dan pengurusan syarikat-syarikat tersebut.

 

4.            Kerajaan PKR Selangor menerusi pertimbangan kehakiman, perjanjian penyelesaian dan perjanjian penyelesaian tambahan, dipercayai mempunyai pengetahuan sepenuhnya dan menyokong bagaimana RM1.18 bilion ini dibahagi-bahagikan.

 

5.            Kedua-dua orang suspek yang ditahan pada minggu lepas adalah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Peneroka yang hanya dibentuk secara tiba-tiba pada 2014 (AJK baru) selepas Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor untuk menggantikan AJK Peneroka sebelum itu (AJK asal). 

 

6.            Menurut Pengerusi AJK asal, AJK baru tersebut telah diwujudkan tanpa sebarang punca dan tanpa pengetahuan mahupun persetujuan daripada AJK-AJK asal dan para peneroka yang kononnya mereka wakili.

 

7.            Kedua-dua pemaju kroni kemudiannya mempermain-mainkan para peneroka apabila mereka mengumumkan, mereka hanya mengiktiraf dan akan berunding dengan AJK yang baru.

 

8.            Tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada AJK asal peneroka dan para peneroka, 16 orang AJK tersebut melantik firma guaman R.Sivarasa, Daim & Gamany untuk mewakili para peneroka. Menurut dokumen-dokumen yang dilampirkan, fi dan yuran Daim & Gamany akan dibayar oleh kedua-dua syarikat pemaju kroni tersebut.

 

9.            Beberapa persoalan serius telah dibangkitkan tentang kemungkinan wujudnya konflik kepentingan berhubungan perlantikan peguam tersebut memandangkan yuran dan fi mereka dibayar oleh syarikat pemaju kroni dan kaitan politiknya dengan Kerajaan Negeri Selangor. Kesan daripada konflik kepentingan ini, ramai peneroka tidak pasti sekiranya mereka telah menerima nasihat dan pandangan perundangan yang baik untuk melindungi kepentingan mereka.

 

10.          981 orang peneroka tersebut telah menerima setiap seorang sebuah unit rumah sebagai sebahagian daripada pembayaran RM300 juta mereka. Bagaimanapun, tiada sebarang pengundian dibuat bagi memastikan penempatan yang lebih telus bagi setiap pemilik.

 

11.          Adalah dipercayai, setiap seorang daripada 16 orang AJK baru tersebut telah menerima rumah lot tepi yang nilainya jauh lebih tinggi berbanding nilai unit-unit biasa yang diberikan kepada para peneroka lain.

 

12.          Peruntukan yang tidak adil membabitkan lot tepi tanpa pengundian kepada AJK baru dan penangkapan serta pendedahan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya didakwa menerima imbalan daripada pihak konsultan ketiga yang telah memungut RM262 juta, telah mewujudkan sangkaan bahawa AJK baru peneroka tersebut berkonspirasi dengan syarikat-syarikat pemaju kroni, firma konsultan ketiga dan ahli-ahli politik dari Kerajaan Negeri PKR Selangor dalam sebuah sindiket penipuan untuk menipu para peneroka agar menerima pembayaran sedangkan ianya jelas tidak adil.

 

13.          Kerajaan Negeri PKR Selangor wajib menjawab sama ada mereka adalah sebahagian daripada sindiket penipuan tersebut sekaligus ini bermakna, mereka telah mengkhianati kepercayaan daripada rakyat Selangor yang mereka dakwa, mereka wakili.

 

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

 

---------------------

 

Was PKR Selangor govt part of an elaborate scam to cheat the settlers?

 

1. Last week's arrests of the Chairman and deputy Chairman of the Ijok settlers steering committee by the MACC after they were reportedly found to have received found to have received kickbacks of between RM75,000 to RM150,000 from a third party consultant company has shed further light on the scandal.

 

2. To recap, 2,200 acres of land belonging to 981 settler families were sold by two crony developers to a listed company of RM1.18 billion - where the 981 settlers only received RM300mil while RM880mil was shared by the two developers and various 3rd party consulting companies.

 

In essence, the settlers only received compensation for their land at a price of RM3psf when the current market price is believed to be between RM35psf to RM65psf.

 

3. Out of this RM880mil, these 3rd party consulting companies received at least RM262mil. The MACC had also arrested the owners and management of these companies.

 

4. The PKR Selangor government via the consent judgement, settlement agreement and supplementary settlement agreement, is believed to have full knowledge and support of how this RM1.18 billion pie was shared.

 

5. The two suspects arrested last week were the Chairman and Deputy Chairman of a settler committee that was suddenly formed only in 2014 (new committee) after Tan Sri Khalid Ibrahim was removed as Menteri Besar to replace a previous long-existing settler committee (Original committee).

 

6. According to the chairman of the Original committee, the new committee was set-up out of nowhere and without the knowledge and agreement of the original committee and the settlers it had represented.

 

7. The two crony developers who had failed the settlers then announced that they only recognize and will only negotiate with this new committee.

 

8. Without the knowledge and agreement of the original settler committee and the settlers, this new 16 members committee then appointed PKR MP R.Sivarasa's law firm Daim & Gamany to represent the settlers. According to documents provided, Daim & Gamany's fees would be paid by the two crony developers.

 

9. Serious questions are raised over possible conflict of interest over the appointment of this lawyer due to their fees being paid by the crony developers and his political links to the Selangor Government. Due to this conflict of interest, many settlers are uncertain if they had received the best advise to protect their interests.

 

10. The 981 settlers have each received a unit of houses as pert of their RM300mil payment. However there was no balloting done to ensure a transparent allocation of the houses.

 

11. It is believed that each of the 16 members of the new committee had received corner lots, which is worth substantially more than the ordinary units given to other settlers.

 

12. The unfair allocation of corner lots without balloting to the new settler committee members and the arrests and revelation its Chairman and deputy Chairman had allegedly received kickbacks from the 3rd party consultants who collectively received RM262mil, there are now deep suspicions if the new settler committee had colluded with the crony developers, the 3rd party consulting firms and politicians from the PKR Selangor state government in an elaborate scam to cheat the settlers into accepting a payment that was obviously unfair.

 

13. The PKR Selangor Government must now answer if they are party of this scam as it would mean they have betrayed the trust of the very people they claim to represent.

 

Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim

UMNO Supreme Council